Le Boss! ![]() Follow Please ! Le Comment ♥ ![]() ♦Follow Me ♦Nice Words ♦Smile Everywhere Le Credits!
| Popular.
Assalamualaikum. Semua orang mahu popular. Siapa yang tidak mahu popular dah hidup dalam percikan glamor? Errr.. adakah kata-kata saya melampau? Baiklah, saya betulkan kenyataan saya. Ramai orang mahu popular. Ramai orang mahu hidup dalam percikan glamor. Tidak semua, tetapi ramai. Malangnya bukan semua orang berpeluang manjadi popular.
Menurut Kamus Dewan Negara Armani edisi kelima dan Kamus Pelajar Armani edisi keempat 'popular' bermaksud diketahui dan disukai oleh orang ramai; terkenal . Diulang TERKENAL ( sengaja saya tulis huruf besar bagi memudahkan yang rabun dekat membacanya).
Kesimpulan yang saya ambil dari pada maksud popular dalam kamus adalah, orang popular istimewa pada mata orang lain. Maklumlah, sudah kata disukai, pastinya menjadi buah mulut dalam kalangan ramai orang . Bukan semua orang disukai. Hanya yang terpilih . Diulangi , hanya yang terpilih. Namun usah bermuram durja sekiranya awak, awak dan awak semua tidak tergolong dalam golongan istimewa itu. Walaupun tidak terpilih menjadi popular, dapat berkenalan dengan orang yang popular pon sudah menjadi satu rahmat. Jadi , tahniah dan bersyukurlah kepada sesiapa pun yang sedang membaca blog ini.( catatan jangkakan sangat ramai mahu membaca blog ) Mengapa saya ucap tahniah? Mengapa awak, awak dan awak semua bersyukur? Semestinya kerana awak , awak dan awak semua berpeluang mengenali saya , salah seorang daripada insan yang ditakdirkan tuhan lahir ke atas muka bumi ini. Sekian Terima Kasih..:* |